Lawatan Penandaarasan EKSA (Jbtn. Kehakiman Syariah, Mukah)

Rabu, 7/11/2018 -PMU  telah menerima kunjungan program Lawatan Penandaarasan EKSA dari staf Jabatan Kehakiman Syariah Bahagian Mukah. Pelawat diketuai oleh Tuan Nur Azhar bin Dollah serta 9 staf yang bertujuan melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di PMU. PMU telah mendapat sijil pengiktirafan (Baik) oleh pihak MAMPU pada tahun 2017. Penilaian semula oleh pihak MAMPU akan dilaksanakan pada tahun 2019 kelak.