Majlis Menandatangan 'Note of Understanding' antara PMU - Press Metal

Pada Khamis 15 Mac 2018, Majlis Menandatangan 'Note of Understanding' antara PMU - Press Metal telah berjaya diadakan di bilik Persidangan PMU. Press Metal telah diketuai oleh Mr. Choa Wei Keong (Pengurus Besar, Metal Press Alumium Holding Bhd) & YBhg. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Tn. Hj. Abdubrani bin Yunus (Pengarah PMU), telah menandatangani nota tersebut. NOU ini akan menguntungkan kedua belah pihak, dimana Press Metal akan memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar PMU untuk latihan industri dan juga kerjaya bila bergraduat kelak.