Majlis Menandatangani Certificate of Colaboration PMU & Auto Count Sdn Bhd

26 Mac 2018, Majlis Menandatangani Certificate of Colaboration PMU & Auto Count Sdn Bhd telah berjaya diadakan. Ia akan menguntungkan pelajar-pelajar diploma Akauntansi Jabatan Perdagangan PMU, disamping akan memberi ruang bagi syarikat untuk perkongsian ilmu selari dengan perkembangan teknologi. Pelajar juga telah mengikuti Bengkel Sijil Kemahiran Profesional Autocount 26.03 - 28.03.2018.

Pelajar akan melalui proses penilaian selepas bengkel dan jika lulus pelajar akan mempunyai 2 sijil kemahiran profesional, iaitu Autocount. Ini adalah saranan dan Industri Audit dan Accounting Services Company supaya pelajar diberikan kemahiran menguasai lebih dari satu kemahiran perisian. Pihak pengurusan sentiasa memikirkan nilai tambah yang sesuai untuk para pelajar bagi bersaing dalam pasaran kerja.