Majlis Menandatangani 'Certificate of Collaboration' antara Politeknik Mukah dengan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Cipasung Tasik Malaya, Jawa Barat

Pada Khamis 3 Mei 2018 bertempat di Hotel Meritz Miri; Majlis Menandatangani 'Certificate of Collaboration' antara Politeknik Mukah dengan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Cipasung Tasik Malaya, Jawa Barat turut diadakan. Dr. Bambang Sardayana, Vice Director mewakilinya; dipihak Politeknik Mukah ialah Tuan Pengarah' Tuan Haji Abdubrani bin Yunus. Majlis C.o. C tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Dr. Mohd Rashahidi @ Rusdi bin Mohamood, Pengarah Bhg. Dasar, Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti. Dengan termeterainya C.o.C ini, akan kelak adanya program pertukaran pelajar, program pertukaran staf akademik, program kerjasama di bidang akademik dan penyelidikan serta keusahawanan. Ia akan menguntungkan Politeknik Malaysia secara amnya.