Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Politeknik Mukah

Politeknik Mukah, 13 september 2018 - Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Politeknik Mukah telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Mukah pada jam 8.30 malam telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Mukah, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Abdubrani Bin Yunus. Majlis ini juga telah dijadikan sebagai platform untuk mengimbau kembali penganjuran program di dalam bulan kebangsaan dan penyampaian hadiah bagi pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah. Antara program yang telah dijalankan oleh MPP adalah seperti Karnival Persatuan dan Kelab, Bengkel Debat, Moral Value Program, Pertandingan Keceriaan Sempena Bulan Kebangsaan, Pertandingan Permainan Dalam, Pertandingan Tik Tok Challenge dan Selfie Challenge, dan Perbarisan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.