Makluman Awal Tarikh Majlis Konvokeysen Ke-11 Politeknik Mukah, Sarawak 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Ke-11 Politeknik Mukah, Sarawak 2018 akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh : 28 Julai 2018 (Sabtu)
Tempat : Dewan Serbaguna, PMU 


*Raptai wajib dan peminjaman jubah graduan akan diadakan pada 27 Julai 2018 (Jumaat) mulai jam 7:30 pagi. Semua bakal graduan yang menghadiri majlis adalah diwajibkan untuk hadir pada tarikh ini.

Adalah diharapkan dengan makluman awal tarikh majlis ini dapat memudahkan bakal graduan untuk merancang perjalanan dan membuat tempahan penginapan. Makluman rasmi (surat jemputan) akan dipos kepada semua bakal graduan. Semakan web juga akan diisediakan pada bulan Jun 2018 kelak.

Untuk maklumat lanjut berkenaan majlis konvokesyen ini, bakal graduan boleh berhubung dengan Jawatankuasa Urusetia dan Pendaftaran Graduan (JHEPP) di talian 084-874001 atau berhubung melalui Facebook rasmi Politeknik Mukah (www.facebook.com/politeknikmukah).