Makluman Berkaitan Tatacara Permohonan Kurikulum Bagi Tujuan Pindahan Kredit Oleh Lulusan Politeknik

Bagi Lulusan Politeknik Mukah yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) dan ingin memohon dokumen kurikulum untuk tujuan pemberian pindahan kredit perlu mematuhi tatacara permohonan dengan mengemukakan maklumat-maklumat seperti berikut:
 
(a) Surat rasmi permohonan kurikulum bagi tujuan pindahan kredit ( sila sertakan nama penuh, nombor matrik, alamat terkini, nombor telefon dan e-mel)
 
(b) Transkrip Akademik diploma/sijil yang telah disahkan
 
(c) Kod dan Nama Kursus yang dipohon untuk tujuan proses pengeluaran kurikulum yang berkaitan
 
(d) Surat Tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS atau mana-mana institusi berkaitan
 
Pemohon boleh menghantar permohonan yang lengkap berdasarkan maklumat yang disenaraikan sama ada secara bertulis atau e-melkan kepada pegawai berkenaan. Permohonan secara bertulis hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dengan menulis “PERMOHONAN PINDAHAN KREDIT” di penjuru sebelah kiri dan hendaklah dialamatkan kepada:
 
Pengarah
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, 
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Galeria PjH, Aras 6, Jalan P4W,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
(u.p : En Harun bin Sahat)
 
Manakala bagi permohonan melalui emel, permohonan yang lengkap berserta dengan maklumat yang diperlukan perlu diemelkan ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   
 
Pegawai untuk dihubungi :
 
En. Harun bin Sahat : 03-8888 2789
 
Pentadbiran : 03-8888 2933 
 
 
Sekian harap maklum.