Makluman Pendaftaran Kolej Kediaman bagi Pelajar Senior Sesi Disember 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran kolej kediaman bagi pelajar senior yang berjaya dalam permohonan menduduki kolej kediaman adalah seperti ketetapan berikut:

 

Kaedah Keputusan

SPMP

Web PMU

Tarikh

06 Disember 2018

06 Disember 2018

Masa

8.00 – 11.45 pagi

10.00-11.00 pagi

Tempat

Kafeteria Kolej Kediaman

Pejabat Warden

 

Sehubungan itu, semua pelajar mesti berpakaian kemas, sopan, serta mempamerkan kad pelajar semasa mendaftar. Kegagalan mematuhi etika pakaian dan tatarias Politeknik Mukah boleh menyebabkan pelajar dikenakan tindakan tatatertib dan dihalang daripada mendaftar kolej kediaman.

Hanya pelajar yang ditawarkan kolej kediaman sahaja yang layak mendaftar pada hari tersebut dan pelajar dimohon untuk membawa salinan slip pembayaran kolej kediaman (RM60) dan membawa keputusan permohonan kolej kediaman untuk kegunaan semasa pendaftaran.

Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan boleh mengemukakan surat rayuan kepada Pengarah Politeknik Mukah bermula 03 Disember 2018 sehingga 14 Disember 2018. Keputusan permohonan rayuan tersebut akan dikeluarkan pada 28 Disember 2018.

Kerjasama dari pelajar semua amat diharapkan dan dihargai.

 

Sekian, terima kasih.