Makluman Terkini Jadual Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Baharu dan Senior Sesi Jun 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Jadual Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pelajar Baharu dan Senior Sesi Jun 2020 akan bermula pada 10 Ogos 2020 secara dalam talian. Sehubungan dengan itu, bagi Pelajar Baharu (Semester 1) , semua pelajar akan dihubungi oleh Penasihat Akademik (PA) masing-masing melalui nombor telefon yang telah disertakan semasa permohonan kemasukan melalui UPU sebelum ini.

 

Bagi Pelajar Senior, sila berhubung dengan Penasihat Akademik masing-masing untuk mendapatkan infromasi jadual waktu berkaitan.

Bagi mana-mana pelajar (baharu dan senior) yang mempunyai sebarang masalah, sila hubungi talian rasmi Politeknik Mukah (084874001) dan sambungan ke Jabatan Akademik mengikut program masing-masing (Kejuruteraan Awam/Kejuruteraan Mekanikal/Kejuruteraan Elektrik/Perdagangan/ Teknologi Maklumat & Komunikasi/ Matematik, Sains & Komputer) bagi mendapatkan info lanjut.

Harap maklum dan terima kasih.