Maklumbalas Kehadiran Graduan, Majlis Konvokesyen Ke-11 Politeknik Mukah, Sarawak 2018

 

Sukacita dimaklumkan bahawa bakal graduan bagi Majlis Konvokesyen Ke-11 Politeknik Mukah, Sarawak boleh mula membuat maklumbalas dan pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen Ke-11 mulai 2 JULAI 2018 (ISNIN), jam 2:30 petang melalui pautan berikut:

http://www.pmu.edu.my/konvo2018

Bakal graduan dinasihatkan untuk memuat turun dan membaca dengan teliti panduan graduan seterusnya membuat pengesahan kehadiran. Tarikh akhir bakal graduan dibenarkan membuat maklumbalas kehadiran adalah pada 25 JULAI 2018 (RABU). Mana-mana bakal graduan yang tidak memberi maklumbalas dan mengesahkan kehadiran selepas tarikh tutup dianggap tidak menghadiri majlis.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan urusan kehadiran dan pendaftaran graduan, sila berhubung terus dengan Jawatankuasa Urusetia dan Pendaftaran Graduan di Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) di talian 084-874001 atau dengan menghantar mesej melalui Facebook rasmi Politeknik Mukah (www.facebook.com/politeknikmukah)

Tahniah dan syabas atas kejayaan menamatkan pengajian anda di Politeknik Mukah dan semoga semua graduan dapat meluangkan masa menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-11 kelak.