Visi & Misi

VISI
Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri menjelang 2025.

MISI
Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.

Melaksanakan kurikulum yang dipimpin industri.

Meningkatkan kesediaan graduan melalui penglibatan industri.

Menghasilkan graduan yangseimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamikdan mampan.

Mendapatkan pengiktirafan luar melalui kerjasama dalam komuniti TVET.

OBJEKTIF

a). Kecemerlangan Akademik

  1. Berusaha memastikan 80% pelajar semester akhir lulus dan menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan.
  2. Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.
  3. Memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 80% mendapat pekerjaan dalam tempoh satu (1) tahun selepasmenamatkan pengajian.
  4. Lebih daripada 85% pelajar lulus dalam penilaian aktiviti ko-kurikulum.

b). Kecemerlangan Staf

  1. Memastikan 100% staf menghadiri kursus / menjalani latihan sekurang kurangnya tujuh (7) hari setahun.
  2. Memastikan jadual perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang kurangnya 85% dalam tempoh setahun.

c). Kecemerlangan Proses

  1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai Piagam Pelanggan yang ditetapkan.
  1. Proses pendaftaran pelajar baharu diselesaikan dalam masa satu (1) hari bagi calon yang mengemukakan dokumen pendaftaran yang lengkap dan betul.
  2. Semua pelajar berdaftar di PMU dipastikan melalui semua peringkat pembelajaran seperti yang dikehendaki oleh kurukulum program masing-masing dalam tempoh lima (5)  hingga sembilan (9) semester.
  3. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas aduan diterima.
  4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.
  5. Melaksanakan 100% penyeliaan terhadap semua pelajar yang sedang menjalankan Latihan Industri setiap semester.

      2. Skor dalam kajiselidik kemudahan dan perkhidmatan adalah melebihi nilai min purata 3.50 mengikut kriteria penilaian.

      3. Memastikan 90% infrastruktur dan peralatan di PMU diselenggara secara berkala mengikut peruntukan yang diluluskan.