MENUKAR HOBI UNTUK BERJINAK DENGAN HIDROPONIK

Warga PMU menanamkan semangat sebagai hobi dalam penanaman hidroponik dan pulangannya menjadi sumber pendapatan apabila tanaman tersebut mengeluarkan hasil. Jika penanaman hidroponik diusaha dengan sebaiknya kita boleh menjadi usahawan dalam bidang pertanian dan hasil tanaman dapat membantu meningkatan pendapatan. Kemahiran dan Ilmu dalam bidang pertanian moden sudah ada setelah setelah mengikuti Program Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (CEDev) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Politeknik Mukah Social Enterprise @ Community (Se@C) belajar kaedah penanaman hidroponik. Tidak perlu tanah yang besar beratus ekar dan sesuai untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam dimana semuanya menggunakan kaedah hidroponik.

Jika nak tahu lebih lanjut lagi sila hubungi Politeknik Mukah # Jabatan Kejuruteraan Awam Dan # Ketua Unit Keusahawanan politeknik Mukah. Di situ lah tempat untuk menimba ilmu yang sangat berguna.

 

Sumber berita: UKK