Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-13 Koperasi Politeknik Mukah Berhad

PMU- Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-13 telah diadakan pada 29 Januari 2019 bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua anggota Koperasi Politeknik Mukah Berhad yang terdiri daripada staff PMU dan semua pelajar. Turut hadir Pengarah Politeknik Mukah dan Timbalan Pengarah Akademik. Sebanyak 52 cabutan bertuah disediakan dan hadiah  di sampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik. Mesyuarat tamat sekitar jam 11.30 malam.