MY INTELLIGENT’17

Sukacita dimaklumkan, Unit e-Pembelajaran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin akan mengadakan Malaysia Innovation And Invention Challenge Via Exhibition 2017 (MY INTELLIGENT’17) sepertimana berikut:

 

Tarikh                    :  11-13 DISEMBER 2017

Tempat                   : Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Program ini dijalankan dalam bentuk pameran dan pertandingan dimana bertujuan untuk mengetengahkan hasil inovasi yang dijalankan oleh ahli akademik dan mahasiswa-mahasiswi di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut bidang masing-masing.

Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati ingin menjemput pihak Y.Bhg. Datuk/Datin/Prof/Dr./Tuan/Puan menyertai pertandingan ini. Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web http://www.psmza.edu.my/myintelligent2017 selewat-lewatnya 31 OKTOBER 2017.