ONLINE CAREER FAIR JPP BERSAMA JOBSTREET MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendidikan Politeknik akan mengadakan Online Career Fair yang julung kalinya bersama Jobstreet.com sepanjang bulan November dan Disember 2017. Karnival

kerjaya yang diadakan khususnya untuk graduan yang tamat pengajian November 2017 ini diadakan secara atas talian sepenuhnya dan akan disertai oleh lebih 2,000 syarikat  yang memerlukan

lulusan politeknik dari pelbagai bidang. Oleh yang demikian, graduan politeknik  yang masih belum mendapat pekerjaan perlu mendaftar dan mendepositkan resume sebelum menyertai karnival kerjaya ini.

 

Sila ikut langkah – langkah ini untuk memudahkan urusan permohonan anda.

 

Langkah 1 : Membuat Resume

 

Graduan hendaklah menyediakan Resume yang sesuai untuk dimuatnaik. Untuk membuat Resume dengan mudah, klik ke link ini untuk membuat resume menggunakan template JOBSTREET

 

Klik link ini untuk membuat resume : https://www.pmu.edu.my/v5/images/dokumen_pdf/Resume-Jobstreet-Format.pdf

 

Langkah 2: Muat Naik Resume

 

Langkah seterusnya ialah memuat naik resume anda. Sila klik ke pautan ini untuk proses memuat naik resume.

 

Klik link ini untuk muat naik resume: https://www.jobstreet.com.my/career/jpp1.htm 

 

PANDUAN: GARIS PANDUAN ONLINE CAREER FAIR JPP BERSAMA JOBSTREET MALAYSIA