Pendaftaran Kolej Kediaman Bagi Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2017 Yang Akan Menjalankan Latihan Industri Di Politeknik Mukah

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran kolej kediaman bagi pelajar Latihan Industri (LI) Sesi Disember 2017 yang menjalankan Latihan Industri di Politeknik Mukah adalah seperti ketetapan berikut: 

 

TARIKH : ISNIN, 27 NOVEMBER 2017

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : KAUNTER PENYELIA ASRAMA

 

Sehubungan itu, pra-pendaftaran bilik yang telah dibuat oleh pelajar LI adalah terbatal dan perlu membuat pendaftaran semula kerana bilik-bilik akan ditentukan oleh Penyelia Asrama. Sila bawa salinan surat tawaran LI di Politeknik Mukah dan Wang Tunai RM 60.00 untuk kegunaan semasa pendaftaran.

Pelajar adalah diingatkan berpakaian kemas, sopan, serta mempamerkan kad pelajar semasa mendaftar. Kegagalan mematuhi etika pakaian dan tatarias Politeknik Mukah boleh menyebabkan pelajar dikenakan tindakan tatatertib dan dihalang daripada mendaftar kolej kediaman.

 

Memo Pendaftaran Pelajar LI Disember 2017