Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar Senior Sesi Jun 2019

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran kolej kediaman bagi pelajar senior yang berjaya dalam permohonan menduduki kolej kediaman adalah seperti ketetapan berikut:

                                Tarikh :

27 Jun 2019

                                Masa   :

2.00 – 4.30 petang

                                Tempat:

Kafeteria Kolej Kediaman

Sehubungan itu, semua pelajar mesti berpakaian kemas, sopan, serta mempamerkan kad pelajar semasa mendaftar. Kegagalan mematuhi etika pakaian dan tatarias Politeknik Mukah boleh menyebabkan pelajar dikenakan tindakan tatatertib dan dihalang daripada mendaftar kolej kediaman.

Hanya pelajar yang ditawarkan kolej kediaman sahaja yang layak mendaftar pada hari tersebut dan pelajar dimohon untuk membawa salinan slip pembayaran kolej kediaman (RM60) dan membawa keputusan permohonan kolej kediaman untuk kegunaan semasa pendaftaran. Kegagalan pelajar hadir pada hari pendaftaran menunjukkan pelajar tidak berminat untuk menginap di Kolej Kediaman untuk Sesi Jun 2019.

Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan, boleh mengemukakan surat rayuan bersama dokumen-dokumen sokongan pada 27 Jun 2019. Semua dokumen ini perlulah diserah terus kepada Pengurus Kolej Kediaman atau Ketua Warden Kolej Kediaman dalam tempoh 8.30 – 11.00 pagi. Keputusan permohonan rayuan tersebut akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada  05 Julai 2019. 

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Ketua Warden Kolej Kediaman. Kerjasama dari pelajar semua amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Memo