Pendaftaran MUET Sesi 2/ 2018

Tarikh     : 6 & 13 April 2018 (Jumaat)
Masa : 3.00pm - 4.00pm
Tempat : Makmal Bahasa 1, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah

 

Apa yang perlu anda lakukan?

1. 

Beli pin no. MUET di BSN (Kaunter/ ATM/ BSN Online) berharga RM101.06.

2.

Buat salinan slip pembayaran BSN tersebut untuk dihantar ke JPA semasa pendaftaran (yang ada Pin MEC).

3.

Pilih salah satu tarikh (6 April atau 13 April). Bawa salinan slip pembayaran ke sesi pendaftaran. Isi borang dengan lengkap.

4.

Sila semak keputusan SPM BI anda sebelum pendaftaran. Maklumat ini diperlukan untuk pendaftaran.

5.

Sekiranya anda tidak dapat hadir, anda boleh menghantar wakil. Pastikan wakil tersebut mempunyai maklumat lengkap anda.

6.

Jangan mendaftar sendiri secara online. Pendaftaran untuk pusat Politeknik Mukah hanya dilakukan oleh Penyelaras MUET PMU. Sekiranya anda mendaftar sendiri, walaupun memilih pusat Politeknik Mukah, anda akan didaftarkan sebagai calon persendirian dan akan menduduki ujian MUET di luar PMU.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Kamaludin atau Pn. Katherine di JPA.