Perbarisan Sembena Bulan Kebangsaan Peringkat Politekenik Mukah

Politeknik Mukah, 12 September 2018 - Pertandingan Perbarisan sempena Bulan Kebangsaan 2018 anjuran kerjasama Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah dan Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan telah berjalan lancar bertempat di Astaka, Politeknik Mukah. Majlis Perbarisan yang turut dihadiri Pengarah Politeknik Mukah, Lt. Kolonel Bersekutu (PA) Abdubrani Bin Yunus dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Encik Iskandar Bin Reduan menambahkan lagi semangat para kontijen untuk mempamerkan kehebatan perbarisan dan kreativiti kontijen masing-masing. Perbarisan peringkat politeknik mukah ini dihadiri lebih dari 1000 orang pelajar politeknik mukah mewakili 22 buah pasukan beruniform, persatuan dan kelab yang ada di Politeknik Mukah. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak terutama para pelajar yang sanggup mengorbankan masa dalam menterjemahkan semangat cintakan negara dan sesaui dengan tema Bulan Kebangsaan pada tahun ini iaitu “Sayangi Malaysiaku”