Perbincangan Strategik Program DDT Bersama Industri

Perbincangan Strategik Program DDT Bersama Industri

 

Perbincangan strategik program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) (DDT) bersama Moredoor Interactive Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 23 Julai 2020.

Perbincangan yang berlangsung di Digital Innovation Hub, Naim Street Mall, Bintulu melibatkan Dr Azfar bin Tomi, Pengarah Urusan, Moredoor Interactive Sdn Bhd bersama Pn Mariati binti Masduki, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), serta En Fifdil Majiwan (Ketua Program DDT Trek Networking Systems) dan Pn Rohaliza binti Karim (Ketua Program DDT Trek Software and Application Development), membincangkan hala tuju kerjasama strategik antara PMU dan Moredoor Interactive Sdn Bhd dan usahasama dalam pembangunan komuniti teknologi di Sarawak amnya dan Mukah khasnya.

Melalui Certificate of Collaboration (CoC) yang telah ditandatangani pada 3 Oktober 2019 yang lalu, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk merancang dan melaksanakan program atau aktiviti pelajar dan staf yang bakal memberi manfaat kepada PMU dan Moredoor Interactive Sdn Bhd.

Perkongsian maklumat, sumber dan kepakaran sedia ada turut dibincangkan dalam usaha untuk mengembangkan bakat pelajar dalam bidang teknologi maklumat.

Melalui perbincangan berkenaan juga, Dr Azfar berkongsikan perancangan pembangunan komuniti teknologi yang merangkumi lapan (8) skop teknologi yang merangkumi pembangunan web, mobile, internet of think, artificial intelligence, virtual reality/ augmented reality, cloud computing, big data dan pembangunan aplikasi permainan.

JTMK PMU melalui penghasilan projek akhir tahun pelajar akan dibantu oleh Moredoor Interactive Sdn Bhd untuk melihat projek-projek ini akan digunapakai oleh komuniti setempat. Untuk rekod, Dr Azfar telah menjadi Ketua Panel Penilai Projek Tahun Akhir DDT bagi Sesi Jun 2019 dan dijadual untuk terlibat dalam penilaian projek bagi Sesi Dis 2019. Walau bagaiamanapun, program ini ditangguhkan atas Perinah Kawalan Pergerakan di Malaysia bermula 18 Mac 2020 yang lalu.

Kejayaan program pembangunan komuniti teknologi ini bakal membenarkan komuniti setempat dapat berhubung dengan komuniti pembangun global, memiliki kemahiran teknologi pembangunan yang terkini dan mempunyai peluang rangkaian yang lebih baik.

 

 

Oleh: Mariati binti Masduki