Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2019 Peringkat Bahagian Mukah

Mukah – Perhimpunan sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2019 Peringkat Bahagian Mukah pada tahun ini bertemakan “ Komuniti Kita Tanggungjawab Kita” yang telah diadakan pada 28 Februari 2019 yang lalu bertempat di Dataran Pehin Setia Raja Mukah. Tema “ Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita” membawa mesej berterusan berhubung tanggungjawab dan peranan komuniti untuk mengekang dan menanam kesedaran bahaya dadah.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti secara serius untuk memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dalam usaha menangani masalah dadah di Bahagian Mukah amnya. Kumpulan sasaran adalah seramai 500 orang dan antara nya ialah penuntut IPT. Politeknik Mukah telah menghantar wakil seramai 20 orang Pembimbing Rakan Siswa ( PRSP ) diiringi Penasihat Kelab Pembimbing Rakan siswa, Puan Nurul Hidaya untuk menyertai perhimpunan.

Antara pengisian sepanjang program:

  1. Perhimpunan
  2. Perutusan Hari Antidadah Kebangsaan 2019 yang diumumkan oleh Puan Residen Bahagian Mukah merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah Bahagian Mukah.
  • Senamrobik / Zumba
  1. Konvoi Motosikal
  2. Pertandingan Rekacipta Bendera Hari Antidadah Kebangsaan 2019
  3. Simbolik pelepasan “bunting” Hari Antidadah Kebangsaan 2019
  • Pameran – AADK, JSJN PDRM & PEMADAM
  • Program Jerayawara One Stop Committee ( OSC )

Diharapkan agar impak program ini dapat memberikan kesedaran komuniti secara serius untuk memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dalam usaha menangani masalah dadah di Bahagian Mukah amnya ditingkatkan.