Persidangan Antarabangsa Teknologi & Inovasi (TECHON) ke-4

Khamis 3 Mei 2018; bertempat di Meritz Hotel , Miri; Persidangan Antarabangsa Teknologi & Inovasi (TECHON) ke-4 telah berjaya diadakan. Dengan tema "managing Transformation in Globalization of Technology and Innovation" . Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Mohd Rashahidi @ Rusdi bin Mohamood, Pengarah Bahagian Dasar, Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti. Seramai 65 orang 'presenter' yang terdiri dari universiti dan institusi pendidikan dalam dan luar negara telah membentang kertas kerja. Antara pensyarah daripada institusi pendidikan/universiti yang terlibat adalah University College of Technology Sarawak (UCTS), Politeknik Mukah, UiTM cawangan Mukah, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Politeknik Kuching, Politeknik Metro Betong, Flamingo International College, Politeknik Negeri Pontianak, Politeknik Sambas Kalimantan dan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Cipasung Tasik Malaya, Jawa Barat, Indonesia. Persidangan ini telah dianjurkan bersama Flamingo International College, Kuala Lumpur dan Politeknik Mukah. Pada kali pertamanya telah diadakan di Hotel Pullman, Kuching pada tahun 2015, pada tahun lepas 2017, telah diadakan di Bandung, Jawa Barat.
#KPT #TVET #PoliteknikMalaysia #TN50 #TECHON2018#SoaringUpwards #AlumniPoliteknikMukah #SehatiSejiwa #KPM