Politeknik Mukah Ikut Serta“APACC” Menjelang 2024


Menjelang tahun 2024 Politeknik Mukah (PMU) menyahut cabaran antara Politeknik lain di Malaysia dan berada di dalam landasan yang sama ke arah untuk mendapatkan persijilan dan Akreditasi Asia Pasifik (APACC) atau dikenali Asia Pacific Accreditation And Certification Commission (APACC) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi akreditasi bagi institusi TVET.
Menurut petikan daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad, akreditasi itu adalah pengiktirafan yang diberikan berdasarkan tujuh kriteria yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh institusi iaitu tadbir Urus dan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan, imej dan kelestarian, sumber pendidikan dan khidmat sokongan pelajar.
"APACC adalah badan akreditasi di bawah Colombo Plan Staff College (CPSC) yang beribu pejabat di Manila, Filipina ditubuhkan Seoul, Korea Selatan pada Disember 2004 dianggotai 17 negara rantau Asia Pasifik," katanya.
Katanya, prinsip asas inisiatif akreditasi dan persijilan APACC adalah untuk mengharmoni kualiti pendidikan TVET, mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang diajar di institusi TVET, di samping memudah cara mobiliti pekerja di rantau Asia Pasifik.
Akreditasi APACC adalah selaras dengan kewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN 2015 yang meliberalisasi pasaran serantau ASEAN.
Asia Pacific Accreditation And Certification Commission (APACC) adalah sebuah badan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk akreditasi bagi institusi TVET. Politeknik Mukah (PMU) juga adalah seiring dengan politeknik lain dan berada di dalam landasan yang sama ke arah untuk mendapatkan persijilan akreditasi APACC menjelang tahun 2024.
Sama-samalah warga PMU berganding bahu menjayakan pengauditan ini.