Politeknik Sarawak Johan Ketegori SPOON Kejohanan Ragbi Poly 10’S Majlis Sukan Politeknik

MERLIMAU : Politeknik Sarawak yang diwakili oleh 12 pemain Politeknik Mukah dan 3 pemain Politeknik Kuching telah dinobatkan sebagai juara kategori spoon di Kejohanan Kejohanan Ragbi Poly 10’s Majlis Sukan Politeknik edisi 2020 yang diadakan di Politeknik Merlimau. Kejohanan yang kompetitif yang melibatkan 22 pasukan dari politeknik-politeknik seluruh negara ini merupakan medan tertinggi bagi Pasukan Politeknik Sarawak membuktikan kebolehan dan kehebatan dalam arena ragbi kebangsaan.

 

Pasukan Politeknik Sarawak menghadapi saingan getir di peringkat kumpulan dengan diletakkan dengan pasukan ranking yang lebih tinggi iaitu Pasukan Politeknik Kedah dan Politeknik Negeri Sembilan. Namun begitu masih mampu memberikan saingan sengit dengan kedua-dua pasukan tersebut dengan hanya ditewaskan dengan perbezaan try yang tipis..

 

 

Di peringkat kalah mati, pasukan Politeknik Sarawak bertemu dengan Pasukan Politeknik Kelantan A dan memenangi perlawanan tersebut dan setersnya melangkah ke perlawanan akhir kategori spoon bertemu pasukan Politeknik Selangor C yang diwakili oleh Politeknik Shah Alam. Pasukan Politeknik Sarawak menunjukkan gaya permainan sebenar dengan membenam cabaran Politeknik Selangor C dengan kemenangan 17-0 dan pemain scrum half Afiq Firhan Bin Ramlan, pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah membantu kemenangan pasukan dengan menyumbangkan 2 tries dalam perlawanan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Politeknik Sarawak dan diharapkan akan mencapai kejayaan yang lebih baik lagi pada edisi yang akan datang.