Program Bengkel Kerjaya bersama Press Metal Bintulu

Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dilamar awal sebelum mereka tamat pengajian. Pelajar semester 5 dan 6 yang lulus sesi temuduga pada pemilihan ini akan diterima untuk menjalani latihan industri di Press Metal Bintulu dan berpeluang untuk meneruskan kerjaya bersama Press Metal setelah tamat pengajian. Ini adalah salah satu usaha CISEC untuk memenuhi permintaan daripada pihak industri serta membantu pelajar dan lepasan pelajar untuk mencari pekerjaan.