Program Jelajah Bakti Siswa

16-18 Mac 2018: Program Jelajah Bakti Siswa bertempat di Uma Kulit, Sg Asap, Belaga, Sarawak melibatkan seramai 34 orang Majlis Perwakilan Pelajar dan Pembimbing Rakan Siswa. Program bertujuan untuk memperkenalkan Politeknik Mukah kepada komuniti setempat di samping mempelajari kepelbagaian budaya masyarakat setempat. Program ini juga dijadikan platform kepada peserta untuk melaksanakan kerja sukarela bagi membantu masyarakat setempat untuk membersihkan infrastuktur yang sedia ada di kawasan tersebut.