Program Karnival Kerjaya 2018

Khamis 12/7/2018 - Mukah. PMU telah berjaya melaksanakan program Karnival Kerjaya 2018. Program sehari turut disertai oleh 17 buah agensi Kerajaan & Swasta antaranya Press Metal, Shin Yang, Mara Mukah, SEDC Mukah, KWSP, Maybank, Celcom, Bhg. Sumber Manusia negeri Sarawak, Bank Rakyat dan beberapa syarikat dari Semenanjung. Beberapa syarikat telah mengadakan temuduga dalam mengambil staf baru dari kalangan pelajar-pelajar semester akhir. Dari sumber kajian PMU telah dimaklumkan bahawa kebolehpasaran graduan adalah 94%, ini dijangka akan meningkat dengan kualiti pendidikan industri 4.0 dan TVET yang cemerlang.