Program Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah

Program Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah yang berlangsung pada 24 hingga 26 Februari bertempat di Borneo Tropical Rainforest Miri. Program ini melibatkan seramai 17 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Sikap kepimpinan dan kemahiran dalam pengurusan program merupakan sesuatu yang wajib ada dalam diri setiap MPP kerana mereka telah diberi tanggungjawab untuk menjadi wakil dan pemimpin kepada pelajar lain dan masa peribadi mereka perlu dikorbankan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik dalam meningkatkan  produktiviti pelajar-pelajar lain.

Melalui program ini, MPP Politeknik Mukah dapat meluangkan masa secara santai dalam mempelajari pengetahuan mengenai pengurusan program di peringkat politeknik di samping menjalani latihan kepimpinan berbentuk fizikal. Sebagai seorang pemimpin dan wakil pelajar, seorang individu seharusnya mempunyai kemahiran merancang dalam membantu meningkatkan potensi pelajar-pelajar lain. Melalui program ini, para peserta akan diberi panduan untuk merancang aktiviti yang berkualiti dan boleh memberi manfaat kepada semua pelajar di Politeknik Mukah.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk:

  1. Melahirkan pemimpin pelajar Politeknik yang mempunyai keyakinan diri dan mampu berdaya saing dengan pemimpin pelajar Universiti.
  2. Memastikan pemimpin pelajar yang dihasilkan Politeknik mempunyai kualiti sebagai pemimpin yang hebat.
  3. Memperkukuhkan organisasi Majlis Perwakilan Pelajar dalam merancang halatuju organisasi.
  4. Menggalakkan pelajar untuk berbincang dan bertukar pendapat agar menghasilkan pencetusan idea yang bernas untuk masa depan.