Program Lawatan Sambil Belajar dari PERIYATIM Cawangan Bintulu

Rabu 28/11/2018 - PMU telah menerima Program Lawatan Sambil Belajar dari PERIYATIM Cawangan Bintulu. Seramai 55 orang pelajar, turut diiringi oleh 15 orang kakitangan. Rombongan ini telah diberi sedikit taklimat berkenaan pengurusan PMU dan juga ambilan pelajar baharu bagi sesi Disember 2018. Bengkel-bengkel yang sempat dilawati iaitu Bengkel Kejuruteraan Awam dan Bengkel Kejuruteraan Mekanikal. Minat adik-adik pelajar ini amat membanggakan kepada bidang kejuruteraan. Semoga akan ada dari kalangan adik-adik pelajar ini akan menjadi mahasiswa Politeknik Malaysia.