Program Lawatan Sambil Belajar - Kolej Vokasional Sibu

Isnin 19/3/2018, staf dari Kolej Vokasional Sibu telah membuat Program Lawatan Sambil Belajar di PMU. Antara tempat / Unit yang dilawati ialah Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit Aset, Unit Pembangunan & Penyelenggaraan Fasiliti, Unit Kamsis, Pusat Sumber & Unit Teknologi Maklumat. Tujuan lawatan adalah bagi melihat dan mempelajari sistem urus tadbir PMU yang mungkin boleh dipraktikan di KVS. Rombongan diketuai oleh En. Mohd Fedilik Dalil (Ketua Juruteknik) serta sebahagian besar Staf Sokongan & juga 3 orang tenaga pengajar yang berjumlah 30 orang.