Program Literasi ICT Bersama SMK St Patrick Mukah

Program Literasi ICT SMK St. Patrick, Mukah yang berlangsung pada 10 Februari 2018 merupakan program kerjasama antara Jabatan Teknologi Malumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mukah dan pengurusan SMK St. Patrick, Mukah . Seramai 40 orang pelajar Tingkatan Lima dan 2 orang guru pengiring telah menyertai tiga kursus yang ditawarkan iaitu Creative Design using Adobe Photoshop, Windows Installation dan Wireless Setup bertempat di Makmal Komputer, JTMK. Pemilihan SMK St. Patrick, Mukah adalah bertujuan untuk memberi peluang yang menyeluruh kepada komuniti setempat yang berada di sekitar Mukah dan meningkatkan literasi dalam bidang teknologi maklumat.

Peganjuran program ini juga adalah sebagai langkah mempromosikan Politeknik Mukah sebagai salah satu pusat pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menawarkan kursus-kursus teknologi maklumat di peringkat diploma di samping merapatkan ukhuwah antara warga PMU khususnya JTMK dengan warga SMK St.Patrick, Mukah.