Program Outreach Bersama Peryatim Sibu

Pada 5-7 April 2019 telah berlangsung Program Outreach Bersama Peryatim Sibu. Ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kejuruteraan Awam dengan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Mukah. Program ini telah disertai seramai 20 orang anak-anak Peryatim Sibu yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5. Melalui platform ini, para peserta telah diperkenalkan program-program yang ditawarkan di Politeknik Mukah dan cara kemasukan ke Politeknik Malaysia. Ini sekaligus dapat mempromosi Politeknik Malaysia amnya dan Politeknik Mukah khasnya.