Program Pembangunan Sahsiah Diri Pelajar

PMU; Pada 2 hingga 3 Mac 2019 yang lalu Kelab Pembimbing Rakan Siswa dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Program Pembangunan Sahsiah Diri Pelajar.

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran diri sendiri, menghargai diri serta menghormati hak orang lain. Selain itu, untuk  memberi kefahaman kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup serta memotivasikan para peserta agar belajar dengan lebih teratur dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.

Program ini bertempat di Dewan Kuliah Utama Politeknik Mukah dan dihadiri seramai 152 orang pelajar . Penceramah jemputan, Puan Nurulisa Poli, MentalBLOK Trainer ( Mental Coach ), Counselor, Professional Image Consultant dibantu oleh Puan Nurul Hidaya, Pegawai Psikologi Unit Pengurusan Psikologi telah memberi impak yang sangat hebat kepada semua peserta. Turut hadir, Encik Hardyta Bin Bujang Pegawai Hal Ehwal Pelajar.  Semoga dengan adanya program sebegini mampu membentuk dan meningkatkan sahsiah diri di kalangan pelajar PMU.