Program Re-Branding Star 1.0

Pada 14 hingga 15 Febuari yang lalu, Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Teknologi Maklumat Politeknik Mukah telah mengadakan program Re-Branding Star 1.0 yang bertempat di Kem Belia Mukah, Mukah. Program ini merupakan program yang berbentuk motivasi yang telah dijenamakan semula daripada program motivasi yang pernah dilakukan sebelum ini iaitu Motivation Boost. Antara objektif utama program Re-Branding Star ini adalah untuk membantu seramai mungkin pelajar dalam menaikkan kembali semangat belajar dalam kalangan para peserta sama ada dalam bidang akademik mahupun sahsiah diri. Tambahan pula, program ini juga berhasrat untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang mempunyai kemampuan, kebolehan, daya tahan dan daya juang yang tinggi selain menyuntik semangat dan motivasi kepada para pelajar agar mampu memperbaiki, meningkatkan dan mengekalkan mutu pembelajaran.

Program ini telah disertai oleh 25 orang pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari semester 2 hingga semester 5 dan segala pengisian aktiviti telah dilaksanakan dengan kerjasama dari para pensyarah jabatan, jurulatih Kem Belia Mukah serta dibantu oleh 6 orang fasilitator yang dilantik dalam kalangan pelajar sendiri. Pengisian aktiviti pada program ini terbahagi kepada 2 iaitu aktiviti dalaman dan aktiviti luaran. Aktiviti dalaman yang dijalankan adalah lebih kepada pembangunan sahsiah pelajar, kerohanian dan kerjasama dalam kalangan pelajar manakala aktiviti yang luaran yang dibantu oleh jurulatih Kem lebih kepada meningkatkan kerjasama dalam pasukan untuk menyelesaikan masalah dan mencapai objektif sesuatu program.

 

Majlis perasmian penutupan program dirasmikan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan diselangi aktiviti penyampaian hadiah kepada para peserta, cenderahati kepada jurulatih Kem Belia Mukah dan persembahan menarik daripada peserta-peserta program.