Program ‘Sehari Bersama Press Metal’

Program ‘Sehari Bersama Press Metal’ adalah program untuk  membantu para  pelajar semester 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Mukah yang berminat menjalani latihan industri  bersama dengan syarikat Press Metal. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan syarikat Press Metal kepada pelajar JKE serta menyediakan para pelajar untuk menjalani latihan praktikal di Press Metal dengan pengetahuan yang cukup. Program ini berlangsung pada 31 Julai 2019 yang bertempat di Dewan Kuliah Utama PMU.