Program Sekolah Angkat Politeknik Mukah

Program Sekolah Angkat Politeknik Mukah yang berlangsung pada 25 Februari 2018 bertempat di SMK Dalat. Program ini melibatkan seramai 30 orang ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Mukah dan seramai 145 orang pelajar SMK Dalat.

Program Sekolah Angkat Politeknik ini merupakan program kerjaya kepada pelajar tingkatan 5 yang dianjurkan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Mukah dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Mukah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli PRSP di peringkat Politeknik Mukah untuk menjadi seorang fasilitator dalam membantu komuniti setempat. Di samping itu, para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah angkat politeknik mendapat pendedahan akan laluanbidang kerjaya yang akan dipilih malah peluang pendedahan tentang akademik serta kerjaya yang ditawarkan di politeknik. Melalui cara ini, ahli-ahli PRS Politeknik Mukah dapat berkongsi pengalaman kepada para peserta serta menambah pengalaman dalam proses membantu memperbaiki diri dalam hubungan menolong. Dengan program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Sekolah Angkat Politeknik Mukah.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk:

  1.  Sumbangan Politeknik Mukah sebagai IPTA tempatan.
  2. Pendedahan kepada bidang kerjaya kepada pelajar tingkatan 5 SMK Dalat
  3. Memberikan pengetahuan dan pendedahan akan peluang akademik dan kerjaya melalui program Politeknik Mukah.
  4. Merapatkan ukhuwah dengan komuniti setempat.