Program “Self-Booster” anjuran UPPSI & PRSP

Politeknik Mukah – 23 Februari 2019 yang lalu UPPSI dengan kerjasama PRSP telah mengadakan program “Self-Booster” bertempat di Dewan Kuliah Utama PMU. Program “Self-Booster” ini bertujuan untuk memberi kesedaran dalaman kepada para pelajar untuk lebih fokus pada matlamat untuk berjaya. Selain itu, untuk mencungkil potensi pelajar dan memotivasikan pelajar untuk meningkatkan keyakinan dan kecemerlangan diri.

Turut hadir semasa program ialah Encik Azrol Bin Adenan dan Puan Nurul Hidaya Binti Hamli, Pegawai Psikologi Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Mukah. Program ini melibatkan seramai 370 orang peserta yang terpilih daripada lima buah Jabatan di Politeknik Mukah dan Pembimbing Rakan Siswa (PRSP)

Diharapkan agar program seperti ini diadakan lagi untuk memupuk semangat dan motivasi dalam diri pelajar di Politeknik Mukah.