Program Seminar IImiah PMU 2020

PMU 7 OKT 2020: Seramai 35 orang hadir mengikuti program seminar IImiah PMU 2020 yang terdiri 12 org dari Engineering dan 23 orang Non Engineering. Kumpulan sasaran program ini ialah Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Politeknik Mukah
Program yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 7 hingga 8 Oktober 2020 di adakan di Bilik Seminar ULPL. Program anjuran Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Unit Penyelidikan, Inovasi dan komersialan & Unit Pembangunan Centre of Technology (CoT) mengadakan seminar IImiah Politeknik Mukah, 2020 yang bertemakan Transformasi Pendidikan TVET kearah IR 4.0
Antara Penceramah yang dijemput ialah Dr. Habsah Mohd Sabli, Dr Mas Nordiana Hj Rusli, Dr. Nursakinah Md Salleh, Dr. Bong Siaw Wee, Dr Muhammad Sufyan Safwan Mohamad Basir, Diana Ringgau.
Rasional Program untuk menghasilkan warga pendidikan tinggi yang holistik, mengembangkan bakat dalam bidang penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat melalui penulisan IImiah.
Objektif program ini ialah untuk membantu dalam teknik dan strategi penulisan proposal yang betul, memberi galakan serta peluang dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti ke arah memartabatkan pendidikan TVET dan membantu meningkatkan kecemerlangan dalam skim Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi. Ceramah pertama oleh Dr. Mas Nordiana Binti Hj Rusli bertajuk Template and Formating for Journal Paper.