Program Touch Point TVET di Rumah Ambas ak Jantai, Sarikei.

Tahun 2018 Telah Memberi Sinar Baru kepada 18 units isi Rumah Ambas - 20 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Mukah telah melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja pendawaian dan elektrik di Rumah Ambas ak Jantai, Sarikei. Kerja bermula hari Khamis 4/1/2018 dan telah siap pada hari Ahad 7/1/2018. Politeknik Mukah telah dilantik bagi melaksanakan Program Touch Point TVET program NBOS bertujuan mambantu golongan B40 yang kurang serta memerlukan bantuan di kawasan yang telah dikenalpasti. Bagi parlimen Sarikei, Rumah Ambas telah terpilih bagi melaksanakan projek sedemikian.

Ternyata penduduk disini merasa lega dan amat berterima kasih kepada keperihatin Kerajaan dan institusi Politeknik bagi menyiapkan pendawaian yang diperlukan. Pada Sabtu 6/1/2018, majlis Penyerahan Projek Siap; Timbalan Pengarah Akademik; Tn Hj. Zaukafli bin Mohamed telah menyerahkan secara simbolik plaque kepada Tr. Ambas ak Jantai, turut hadir Timbalan Pengarah Sokong Akademik; En. Iskandar bin Reduan.

politeknik.edu #politeknikMalaysia#TN50 Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik