Program Touch Point TVET di Rumah Bungan, Batu 8 Sibu.

Politeknik Mukah telah dipertanggungjawab bagi melaksanakan  (Parlimen Sibu). 40 pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam telah terlibat dalam menyiapkan kerja-kerja pembaikan awam yang bermula sejak 4/1/2018 dan telah siap apa hari Ahad 7/1/2018. Program bertujuan mendedahkan dan mempraktikkan apa yang dipelajari dalam bilik kuliah secara amali. Program selama 4 hari ini telah memberi peluang dan kemahiran yang amat berguna kepada pelajar disamping mengetengahkan institusi Politeknik dimata masyarakat.

Ternyata 24 pintu isi rumah panjang yang terlibat merasa lega kerana mendapat bantuan yang amat diharapkan. Dalam majlis penyerahan projek siap yang serba ringkas; Tn Hj. Zaulkafli bin Mohamed (Timbalan Pengarah Akademik) telah menyerahan secara simbolik plaque kepada Tr. Bungan ak Jaya.

politeknik.edu #PoliteknikMalaysia #TN50#BahagianPembangunanPoliteknik Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik