Rangkuman Program Saringan Kesihatan Mental

17 Julai 2019, Politeknik Mukah - Program Saringan Kesihatan Mental di kalangan pelajar semester 1 Politeknik Mukah anjuran Unit Pengurusan Psikologi dengan bantuan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Mukah bertujuan untuk memastikan emosi pelajar baharu sentiasa stabil dan dapat menyesuaikan diri di Politeknik Mukah. Ini merupakan inisiatif awal bagi mengelakkan pelajar baharu mengalami tekanan yang melampau semasa pengajian yang boleh memberi kesan kepada pengajian mereka di politeknik. Program ini yang berlangsung pada 15 Julai 2019 hingga 17 Julai 2019 bertempat di Dewan Kuliah Utama, bermula jam 8.30 malam sehingga 10.00 malam menyasarkan semua pelajar semester 1 yang baharu daripada setiap jabatan di Politeknik Mukah