Sekitar Bengkel Pengunaan MS Office Staf Sokongan PMU

Seramai 54 orang warga kerja Politeknik Mukah (PMU), menghadiri kursus/bengkel Pengunaan MS Office ( Microsoft Word dan Excel) secara dalam perkhidmatan (KUDAP) untuk staff yang terdiri dari Staf Sokongan PMU iaitu Pembantu Tadbir, Pembantu Operasi, Pembantu Pustakawan dan Pemandu.
Kursus selama dua hari anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, PMU diadakan selama 2 hari bermula dari 26 Ogos hingga 27 Ogos 2002 bertempat di Makmal CAD 1 dan 2, Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer (JMSK) telah tamat tengahari tadi.

Menurut pihak penganjur, Roziah Zainal Abidin, Ketua Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan objektif Kursus/Program ini bertujuan agar peserta memahami dengan lebih mendalam pengunaan MS Office dan mengaplikasi perisian MS Office yang terkini dalam tugas rasmi.
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menambah pengetahuan warga PMU mengenai fungsi Microsoft Word dan Excel dalam penghasilan dokumen kerja yang lebih pantas dan sistematik dengan menggunakan daya dan format yang konsisten.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Microsoft Word dan Excel telah disempurnakan oleh, Iskandar Reduan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)
Turut hadir ialah Roziah Zainal Abidin, Ketua Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Mohd Baharruddin Mohamad.