Sekitar Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2018 Politeknik Mukah

25/6/2018: Mukah, Sarawak - Politeknik Mukah telah menerima 600 lebih pelajar baharu bagi pelbagai program diploma bagi sesi Jun 2018. Pelajar2 baharu ini datang dari seluruh pelusuk negara dan dari pelbagai kaum serta latarbelakang. Harapan ibu-bapa selepas bergraduat kelak beroleh kecemerlangan. Pilihan ke Politeknik merupakan pilihan yang tepat kerana kami menjanjikan bahawa rekod kebolehpasaran kami adalah tertinggi iaitu 94%, secara purata kesemua program diploma anjuran PMU. Tapi bagi program Diploma Akauntansi ianya 98%. Dari segi yuran, Kerajaan juga mengenakan paling rendah serta tidak membebankan ibu bapa, pelajar mempunyai pilihan untuk memohon pinjaman PTPTN. Yang penting Politeknik untuk semua warga, kecemerlangan pendidikan & TVET untuk Malaysia yang lebih dinamik, tenaga kemahiran yang tinggi. #politeknikmalaysia #TVET