Sekitar Lawatan Tapak Pengurus Besar SeDidik

17 Julai 2019, Politeknik Mukah - Lawatan tapak Pengurus Besar SeDidik Puan Nor Ashikin Abd. Rahman serta rombongan ke Politeknik Mukah bagi melihat kawasan cadangan Taman Asuhan Kanak-kanak. Rombongan telah disambut oleh Ketua Jabatan Matematik Sains & Komputer yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah Akademik, Encik Mohammad Fardillah Bin Wahi serta Encik Azrol Bin Adenan, Pegawai Psikologi Politeknik Mukah. Rombongan tersebut adalah tinjauan awal bagi melihat premis dan keadaan Politeknik Mukah dalam kerjasama di antara kedua belah pihak dalam merancang penubuhan TASKA di tempat kerja.