Sekitar Program Lawatan Sambil Belajar & Kerjaya Dari SMK Three Rivers, Mukah

Pada 22 Oktober 2018, PMU telah menerima kunjungan daripada program Lawatan Sambil Belajar & Kerjaya oleh pihak SMK Three Rivers bertujuan mendedahkan dan mengalakan pelajar supaya mengetahui sasaran selepas SPM kelak. Pegawai Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (Encik Esstree bin Ishak) selaku Pegawai Data & Kemasukan telah menjelaskan secara terperinci berkenaan permohonan & kelayakan masuk Politeknik. Antara tempat yang dilawati adalah Pusat Sumber PMU, Bengkel-bengkel Kejuruteraan Mekanikal, makmal-makmal Kejuruteraan Awam dan Unit Teknologi Maklumat. Semoga lebih ramai dari kalangan pelajar-pelajar ini akan menjejak kaki masuk PMU kelak.