Sekitar Program Leaders In Action

Program Leaders In Action telah berjalan dengan lancar pada 8-9 Februari 2020 bertempat di Dewan Kuliah Utama PMU. Perkongsian program telah disampaikan oleh Rudy Ludinata yang merupakan konsultan imej bertauliah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta berkaitan imej yang sesuai dan etika pemakaian yang betul. Para peserta terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Wakil kelab dan persatuan, serta ketua kelas dan penolong ketua kelas semester 1 dan 2.