Sekitar Program Modul Inspirasi Diri Politeknik Mukah

Sekitar Program Modul Inspirasi Diri Politeknik Mukah melibat semua pelajar semester 1 setiap jabatan anjuran Unit Pengurusan Psikologi dan bantuan Pembimbing Rakan Siswa PMU. Program ini berlangsung pada 29 Julai 2019 hingga 31 Julai 2019 yang bertempat di Dewan Kuliah Utama PMU. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar untuk mengenal konsep kendiri melalui pengujian psikologi dalam mengenalpasti personaliti, minat dan nilai yang ada dalam diri untuk membangunkan potensi dan keyakinan diri.