Sekitar Program Pengurusan Kewangan Peribadi bersama AKPK Negeri Sarawak

9 Julai 2019 (Selasa), Politeknik Mukah – Seramai 60 orang kakitangan sokongan dan akademik Politeknik Mukah telah menghadiri Program Pengurusan Kewangan Peribadi Bersama AKPK bertempat di Bilik Seminar ULPL, PMU. Program ini yang merupakan anjuran Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Unit Latihan & PEndidikan Lanjutan telah disampaikan oleh Encik Yeo Wee Kiak, yang merupakan Pemangku Pengurus dan Kaunselor AKPK Cawangan Kuching. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai pengurusan aliran tunai serta memahami cabran dan masalah dalam pengurusan kewangan. Program ini juga menyediakan platform kepada peserta untuk membuat semakan CCRIS dan pendaftaran CCRIS secara atas talian.