Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2018

Keputusan peperiksaan ini adalah keputusan rasmi dan tarikh keputusan ini adalah berkuatkuasa mulai 01 Disember 2018 (Sabtu) pada jam 08.30 pagi. Slip Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2018 akan dipaparkan di Laman Web PMU untuk rujukan pelajar. Pelajar boleh mencetak slip keputusan tersebut dan meminta pengesahan dari Ketua Jabatan masing-masing sekiranya memerlukan pengesahan untuk kegunaan rasmi. Unit peperiksaan PMU tidak akan mencetak sebagaimana yang dipersetujui secara bersama dalam mesyuarat pegawai peperiksaan Politeknik KPM.

Slip Keputusan Peperiksaan Akhir  Sesi Jun 2018 yang telah dicetak perlu dibawa semasa proses pendaftaran kursus di jabatan masing-masing bagi Sesi Disember 2018.

 

Sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan dengan keputusan peperiksaan, sila hubungi Unit Peperiksaan di talian 084-874001 untuk maklumat lanjut.

Semakan boleh dibuat melalui Portal SPMP  http://spmp.pmu.edu.my

Harap maklum.