Tujuh Pelajar PMU Layak Ke Peringkat Akhir Worldskills Malaysia Sarawak 2019

PMU sekali lagi mencatatkan kejayaan apabila tujuh orang pelajarnya dalam lima bidang kemahiran telah melayakkan diri ke Peringkat Akhir Pertandingan Worldskills Malaysia Sarawak 2019 (Final WMS) yang akan berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 09 – 12 September 2019 nanti. Pelajar-pelajar tersebut adalah:
1. MOHAMAD FAEIS MOHD HAZRYE (Bidang Electrical Installations)
2. KIU HU TIE (Bidang IT Network System Administrations)
3. ERVIN EMYL ENJUP (Bidang IT Software for Business Solutions)
4. RODZIAH BINTI ANYUT (Bidang IT Software for Business Solutions)
5. RAY XAVIER BIN SARUDA (Bidang Mechanical Eng. Design CAD)
6. DYLON BRADLEY AK NABAN (Bidang Painting & Decorating)
7. PAULUS AK MUJAP (Bidang Painting & Decorating)

 

WMS2019 merupakan pertandingan kemahiran peringkat negeri Sarawak yang dianjurkan bertujuan mengiktiraf belia atau pelatih dari mana-mana institusi TVET di Sarawak yang mempunyai kemahiran yang unggul dan berpotensi untuk mewakili Sarawak ke pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan atau peringkat yang lebih tinggi lagi seperti World Skills Malaysia Belia (WSMB), ASEAN Skills Competition (ASC) dan World Skills Competition (WSC). Edisi 2019 dianjurkan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak (JPKS).

 

Terdahulu, Team PolySkills PMU telah menyertai Pra-Kelayakan WMS2019 pada 26 Julai – 03 Ogos 2019 melalui 13 orang pelajar dalam 7 bidang kemahiran. Team ini turut dibarisi oleh:
1. PHILYBUAN ANAK NYALU (Bidang Bricklaying)
2. ASAN ANAK MUGANG (Bidang Bricklaying)
3. MOHAMMAD NUR AZRUL BIN ALI (Bidang Electrical Installations)
4. AZRISHAM BIN ISMADI (Bidang Web Design & Development)
5. AWANG ANUAR BIN AWANG PATARA (Bidang Web Design & Development)
6. GOH ZHEN TUNG (Bidang IT Network System Administrations)

 

 

 


Pra-kelayakan WMS2019 untuk bidang-bidang seperti Bricklaying, Decorating & Painting, Electrical Installations dan Mechanical Eng. Design CAD telah berlangsung di ABM Wilayah Sarawak, Petra Jaya, Kuching. Manakala untuk bidang-bidang seperti IT Network System Administrations, Web Design & Development telah berlangsung di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, UNIMAS. Bidang IT Software for Business Solutions telah layak ke Final WMS2019 secara kredit apabila juri telah menetapkan bahawa tidak perlu diadakan saringan memandangkan bilangan peserta yang menyertai boleh dipertandingkan terus ke peringkat akhir.

 

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta dan coach bidang yang telah layak ke Final WMS2019!! Semoga mereka mencatatkan kejayaan yang lebih hebat lagi di BCCK. PMU turut disertai oleh team PolySkills dari Politeknik Kuching (PKS) mewakili agensi Politeknik Malaysia di WMS2019. Mereka melayakkan diri ke Final WMS2019 melalui 8 orang pelajar dalam tiga bidang kemahiran.
Walaupun ada Team PolySkills PMU yang tidak layak ke Final WMS2019, mereka masih ada peluang pada edisi WMS2021 dan sekarang mereka perlu menumpukan kepada Pertandingan Polyksills 2019 yang akan berlangsung selang tiga hari selepas Final WMS2019 iaitu 16 – 19 September 2019 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu nanti.
#teamPolySkillsPMU #pmu #pmugemilang #TVET #worldskillsmalaysiasarawak2019 #praQwms2019 #finalist #wms2019 #MESTR #roadtofinal #skillsmalaysia #skillsforabrighterfuture #sarawakskillscompetition #politeknikmalaysia #moe #pendidikantinggi

 

 

Senarai Peserta yang Layak ke Final WMS2019 (Sumber: adaptasi dari FB JPK Sarawak)